Friday 28 March 2014

sakit itu membersihkan Dosa

sebenarnya, aku dah penat mengalami kesakitan.

berbulan bulan, bertahun tahun, aku menghadapi kesakitan yang sama.

bukan mudah utk menghadapinya. setiap kali kesakitan ini tiba, aku tidak dapat makan,

kerana tekak akan berasa loya, hilang selera seolah2 semua benda tidak dapat aku rasa nikmatnya lagi. muntah angin atau apa sahaja yg baru aku hadam membuatkan aku bertambah tidak lalu makan.

sedih taw time ni. rasa mcm lembik sangat diri aku ni, hingga nk bangun utk jalan ke toilet
pon aku x larat. biasanya ble tiba waktu kesakitan ini, aku hanya terperuk d rumah. langsung x keluar.

aku hanya bole makan bila mak aku datang masakkan utk aku. tp, xkan tiap kali sakit nk menyusahkan
mak aku plak. kekadang aku diamkan aje. menanggung kesakitan ini sendirian.

Ya Allah, aku mohon padamu agar ko tunjukkanlah jalan utk aku sembuh dari penyakit yg kuhadapi ini.
sihatkanlah aku supaya dipermudahkan untukku sentiasa berbuat amal ibadah. ampunkanlah dosaku selama ini, Ya Allah. amin ya rabbil alamin..

No comments:

Post a Comment